
Oleh KAMARUDDIN ISMAIL
sukan@kosmo.com.my
SUBRAMANIAM diketepikan dalam kempen Piala Malaysia.
PERAK bakal tampil dengan wajah baru bagi mengharungi kempen Piala Malaysia yang bermula 26 September ini.
Ia ekoran tindakan drastik jurulatih M. Karathu yang menggugurkan lima pemain utamanya termasuk kapten, S. Subra- maniam.
Selain Subramaniam, Mohd. Zafran Olibullah, Chun Keng Hong, Sarath Babu dan K. Thina- garan turut diketepikan.
Difahamkan, kelima-lima pemain itu tiada dalam senarai skuad Perak bagi kempen Piala Malaysia kerana prestasi yang dipamerkan mereka pada saingan Liga Super kurang memberangsangkan.
"Saya terpaksa menyusun semula barisan skuad Perak dengan ketiadaan kelima-lima pemain itu," jelas Karathu.
Bagaimanapun, Karathu tetap optimis bahawa ketiadaan kelima-lima pemain tersebut tidak memberi kesan besar kepada corak persembahan skuad Seladang kelak.
"Kekosongan mereka akan diisikan dengan pemain-pemain muda yang lain. Saya berharap persembahan Perak dalam saingan Piala Malaysia akan terus mantap," ujarnya.
Bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan kelima-lima pemain terbabit, Karathu telah mendapatkan khidmat dua pemain tengah T-Team, Safuan Aidil Shaa- ri dan Azrul Hazram Amaluddin Baki.
"Saya berharap kehadiran Safuan dan Azrul akan memberikan suntikan baru kepada persembahan Perak nanti," kata Karathu.
Selain itu, beliau juga dikatakan telah memancing dua pemain dari daerah Hilir Perak untuk diserapkan dalam skuad Seladang.
Begitupun, beliau tidak menamakan kedua-dua pemain berkenaan tetapi percaya mereka mampu membantu skuad Perak.
"Ketika ini, saya sedang berusaha memperkuatkan benteng pertahanan," tambahnya.
Dalam kempen Piala Malaysia musim ini, Perak diletak dalam Kumpulan C bersama Johor FC, UPB-My Team dan Kuala Lumpur.
Sorces: Kosmo.com
M Karathu definitely has alot of guts by withdrawing an experience players like Chun Ken Hong and S Subramaniam. Both players, young and aggresive has represented either senior or U23 during B Sathianathan time. I believe M Karathu has strong reason to keep this duo aside when Malaysia Cup is just around the corner. Perak, after massive departure of many senior players at early season has done considerably well in MSL where majority of the players are coming from President Cup. The most notable player is striker, Razali Umar Kandasamy, their top striker. Perak, in Malaysia football history has produced alot of talents among others Indra Putra, Azrul Abu Haniffah, Nizam Adha, and many mores. I predict they will enter quarter final but lack of experience denies them to go far during this coming Malaysia Cup.
No comments:
Post a Comment