Vion,16 Sept - Harimau Muda tampil dengan permainan agresif ketika menentang Skuad Kebangsaan U19 Slovakia hari ini. Harimau Muda turun dengan skuad bawah 18 tahun berjaya mengekang asakan lawan hingga berjaya mengikat Slovakia tanpa jaringan pada separuh masa pertama.
Harimau Muda hampir mendahului pada minit 15 melalui tendangan deras Khairul Izuan Rosli tetapi berjaya diselamat oleh Penjaga gol Slovakia yang bermain untuk kelab Southampton. Selepas itu tendangan Volley Mohd Irfan sedikit tersasar disebelah kiri gol Slovakia.
Slovakia banyak melakukan asakan melalui gerakan sebelah kiri gol Malaysia melalui Milan Lalkovic yang bermain untuk U19 Chelsea, namun barisan pertahanan yang diketuai oleh Basharul dan Mohd Fadhli kental bertahan hingga tamat separuh masa pertama.
Slovakia memperolehi gol tunggal perlawanan pada minit ke 15 separuh masa kedua, hasil dari pergelutan didepan gol Malaysia. Harimau Muda memperolehi dua peluang terbaik melalui Thamil Arasu apabila hanya berdepan dengan penjaga gol lawan, namun tendangan lemah Thamil berjaya dikuis oleh penjaga gol.
Menurut jurulatih Harimau Muda, beliau berpuas hati dengan kesungguhan dan sikap pemainnya yang memahami arahan taktikal yang diberikan.
"Peluang bermain dengan pasukan yang baik bergini amat penting kepada pemain sebagai persiapan ke kejohanan yang lebih besar diperingkat antarabangsa nanti. Apa yang pentiing bagi saya ialah pemain dapat memahami kehendak atau demand yang sangat tinggi dalam perlawanan antarabangsa, dan mereka membuktikan hari ini. Pasukan lawan nampaknya lebih baik berbanding dengan prestasi mereka 2 tahun dahulu dimana kita kalah 0-6."
Menurut Jurulatih Slovakia, Pavol Peracek beliau sendiri tidak menjangka Harimau Muda hampir berjaya menghalang pasukannya dari mencipta kemenangan. "Sikap tidak mengalah dan kebolehan mencipta peluang harus dipuji. Jika pendedahan berterusan terutama di Eropah saya percaya pasukan ini boleh pergi lebih jauh." katanya
source: bolatoday.com
Ong Kim Swee's boys continue to impress us with good result for last friendly during Slovakia tour. The team has improved alot compared to last 2 years when they lost to the same team with 6-0. Players like Irfan, Wan Zack, Thami Arasu, Steven Robbat, Fadhil Shas, Ameer Saidin and Khairul Izuwan are learning fast and gain much experience after been together for quite some time. Next assignment if i am not mistaken is pre sea gamea in Laos, if FAM decide to follow Vietnam and Thailand decision to send U19. Sparring with quality team in more frequent will improve the team alot. Maybe we still have problem in striking force as shown during semi final clash with Thailand last month.
Friday, September 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment