Showing posts with label MSL. Show all posts
Showing posts with label MSL. Show all posts

Friday, September 18, 2009

Butler lesap dari Kelantan

KOTA BHARU - Skuad Kijang yang sedang memasang impian tinggi di persada bola sepak negara, ditinggalkan secara mengejut oleh jurulatihnya Peter James Butler.

Butler membuat keputusan melepaskan jawatannya menerusi sepucuk surat yang dikirimkan melalui faks kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, kelmarin.

Khabar yang diterima itu dalam keghairahan pasukan membuat persiapan menjelang kempen Piala Malaysia, mengulangi apa yang berlaku pada musim lalu.

Menurut Annuar, walaupun kontrak Peter masih berbaki sehingga November ini, hasil perbincangan dengan pihak pengurusan dan para pemain, mereka bersetuju dengan peletakan jawatan Peter.

Beberapa hari lalu, Butler dikatakan telah menandatangani kontrak sebagai pengarah teknikal bagi kelab Yangon United di Burma, milik seorang ahli perniagaan terkemuka negara itu.

Namun, pada sidang media di sini semalam, Annuar enggan mengulas lanjut lanjut mengenai sikap dan ke mana hala tuju Butler.

''Saya tidak mahu menuduh yang akhirnya membentuk kontroversi, tetapi kalau itu berlaku ia tidak begitu cantiklah kerana dia masih mempunyai kontrak dan berhenti mendadak pada saat-saat akhir menjelang perlawanan dan tidak adil kepada kita.

''Kontraknya tamat akhir November nanti dan kita akan rujuk perjanjian sama ada berlaku pelanggaran atau sebaliknya kerana kalau mengikut kontrak, Peter perlu membawa pasukan kepada tiga piala, tetapi sekarang baru dua piala," katanya

Namun, menurut Annuar, Butler yang telah bersama skuad negeri mencatat sejarah pencapaian bagi piala FA musim ini meletakkan jawatan atas alasan isterinya sakit.

''Ketiadaan Peter akan digantikan oleh penolong jurulatih, Hashim Mustapha meneruskan bentuk permainan yang dirancang buat masa ini dengan dibantu oleh jurulatih Piala Presiden, Kamarudin Md. Noor untuk membantu skuad Kelantan.

Annuar menambah keadaan ini sedikit sebanyak memberi tamparan kepada persiapan kita menjelang Piala Malaysia.

"Perkara yang sama berlaku pada kita musim lepas apabila jurulatih turut mengundurkan diri ketika kita sedang bersiap untuk ke Piala Malaysia," katanya.

Bagaimanapun, Anuar melihat krisis yang melanda pasukan ini dari sudut yang positif dan percaya keadaan ini adalah peluang untuk pasukannya mencatat lebih kejayaan.

''Para pemain berjanji akan memberi komitmen sepenuhnya dan fokus untuk mencapai kejayaan dalam Piala Malaysia tidak akan terjejas ekoran ketiadaan Peter melatih mereka," katanya.

Bagi membantu skuad, dalam tempoh dua bulan ini Anuar berjanji akan meluangkan lebih banyak masa dengan bahagian teknikal seperti yang diterapkan oleh Peter dengan sedikit proses penambahbaikan untuk memantapkan lagi pasukan.

Sementara itu, Annuar memberitahu, pihak pengurusan telah membuat keputusan untuk memperkenalkan sistem bonus yang lebih lumayan kepada para pemain yang beraksi membantu pasukan dalam misi Piala Malaysia.

"Bonus akan dibayar mengikut peringkat kelayakan pasukan yang akan bermula dengan RM2,000 berbanding sebelum ini RM500 untuk setiap kemenangan," jelasnya.

Source:Utusan.com

Peter Butler left Kelantan after brought the team as runner up of FA Cup 2009. One year spell with Kelantan and his ability to speak Malays will leave mark to Kelantanese Football after so many times have not reach to any Cup Final. Peter Butler, one of his comment slammed Malaysia Football due to much political interference. The rising of Kelantan this year not only contributed by Peter Butler only, but much attributed to alot sacrifice by their Mr President, Tan Sri Annuar Musa. Kelantan now will be headed by state legend, Hashim Mustapha and assisted by Kamarudin Md Noor. I predict Kelantan will enter semifinal of Malaysia Cup 2009 after their defense department has been strengthen by on loan defender from Felda United, Nazrulerwan Maamor. The only hiccup is they lost their skipper, Piya among the best midfielder in Malaysia.